Archive for the 'Produk Minuman Berkhasiat' Category

11
Feb
09

TEH MANJAKANI

manjakani-sNama saintifik ialah Quercus infectoria. Kebanyakannya diimport dari India. Mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin dalam manjakani dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan melangsingkan tubuh.

Unik kerana ia baik untuk wanita bagi yang ada masalah keputihan dan mengecutkan peranakan, selain tiada kesan negatif jika diambil wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang ialah melangsingkan tubuh. Dapat dilihat selepas sebulan mengamalkannya. InsyaAllah.

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM 22
Sabah & Sarawak: RM26

06
Feb
09

RADIX KOKO

radix-coco-sMaklum balas pengguna menunjukkan Radix Koko lebih sedap daripada produk koko lain. Ia juga dimasukkan ekstrak tunas barli yang mula bercambah, menjadikan rasanya lemak dan berkhasiat.

Ekstrak barli memiliki kesan serat yang tinggi yang berfungsi sebagai pelawas manakala koko pula terkenal untuk afrodisiak dan menghadir ketenangan pada penggunanya, insya-Allah.

Tiada herba dalam Radix Koko berikutan koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan.

Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Prestasi awal jualan menyamai pasaran kopi Radix, menyebabkan ia menjadi produk paling popular berikutan permintaannya amat tinggi.

Komposisi: Satu kotak ada 15 paket berkapasiti 30 gram

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM20
Sabah & Sarawak: RM25

04
Feb
09

KOPI RADIX

KOPI RADIX

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) ini dirumus khas bagi mengembalikan kecergasan.

radix-s11. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita.
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, anti-virus dan anti-peradangan.

Ia adalah pada campuran tujuh herba iaitu:

1. Tongkat Ali: Akarnya dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan meningkatkan tenaga batin.
2. Mata Pelanduk: Akarnya dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan batuk-batuk.
3. Teja Lawang: Akarnya dapat digunakan untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan baik untuk ibu selepas bersalin.
4. Tebu Gajah: Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan sebagai ubat tenaga batin.
5. Mengkudu hutan: Akarnya hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai pelawas, memberikan tidur berkualiti dan menghaluskan kulit.
6. Larak hutan: Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, membuangkan angin dan sebagai tonik.
7. Halban: Akarnya dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, ant-ioksidan dan melegakan batuk.

Isu Kandungan: Eurycoma longifolia, Cinnamomum inners, Ardisia crispa, Albizzia Myriophylla, Morinda Eliptica, Polyalthia Hypoleuca, Vitex Pubescen, Kopi.

HARGA PENGGUNA

Radix Mega Jumbo (96 Paket)
Semenanjung Malaysia: RM 90
Sabah & Sarawak: RM 108

Kopi Radix Jumbo (32 Paket)
Semenanjung Malaysia : RM32
Sabah & Sarawak: RM38

Kopi Radix (15 Paket)
Semenanjung Malaysia : RM16
Sabah & Sarawak : RM19

Kopi Radix (Papan 20 Paket)
Semenanjung Malaysia : RM21
Sabah & Sarawak:RM24