Archive for the 'Produk Kesihatan' Category

11
Feb
09

KRIM PALA AROMATERAPI

krim-pala-aromaterapi1-sSejenis balm aromatik yang memberi kelegaan kepada penafasan terutama kanak-kanak kecil, melegakan sakit pinggang, ruam-ruam, pening dan loya, gatal digigit serangga dan nyamuk, selain melegakan lenguh-lenguh sendi.

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM8.50
Sabah & Sarawak: RM10

11
Feb
09

MINYAK BUT-BUT

Mengandungi ramuan lebih 100 jenis herba termasukl jenis tumbuhan yang biasaya digunakan burung But-But untuk membuat sarang.

KEISTIMEWAAN

Patah Tulang: Panaskan minyak dan sapu pada bahagian yang patah dan balut dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.
Buasir: Sapu pada bahagian dubur yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.
Darah Tinggi, Lumuh dan Strok: Panaskan sedikit minyak. Sapu pada leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.
Urut: Minyak ini bersifat sejuk di luar dan dalam, meresap ke lapisan epidermis untuk mengubati saraf yang terganggu.
Sengatan Serangga: Ambil kapas dan basahi minyak ini, letak pada bahagian yang disengat.
Luka Kecil: Ambil kapas dan basahi minyak ini, letak pada bahagian yang luka.
Terkena Air Panas dan Luka Terbakar: Sapu minyak ke bahagian mengelembung.
Cirit-Birit
: Minum satu sudu kecil bersama air suam.
Kembung Perut: Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan berulang kali di perut secara memutar. Untuk kanak-kanak, guna daun sirih dan sapu pada perut.
Asma: Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapu di dada serta selimutkan kanak-kanak itu.
Kanak-Kanak Kerap Kencing Malam: Sapu di ari-ari sebelum tidur. Dicadang, amal bersama Madu Asli.
Bayi Kerap Menangis Waktu Malam: Sapu di kening atas setiap waktu malam.
Lemah Tenaga Batin: Urut zakar setiap hari.
Wanita Menopouse: Bagi menghilangkan kesakitan ketika bersama suami.

Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM10
Sabah & Sarawak: RM12.50

11
Feb
09

MINYAK PATI SEPANG

Menggunakan ramuan Kayu Sepang tanpa sebarang bahan kimia. Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutama bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka.

Keistimewaan:

1. Menanggal dan membuang sel kulit yang mati pada lapisan kulit.
2. Mengelak jerawat akibat penebalan kulit dan penyumbatan liang kulit.
3. Membersih kulit secara mendalam hingga ke liang kulit.
4. Sinergi dengan Bedak Awana/Tompok Hitam/Jasmin bagi tujuan scrub.
5. Menghaluskan permukaan kulit.
6. Merangsang pertumbuhan sel baru.

Komposisi (75 ml per botol)

Dos: Campur Minyak Pati Sepang dengan Bedak Awana menjadi ‘Cleanser’, oleskan ke muka dan biar selama 2 jam. Bersihkan dengan kapas kecantikan atau sabun khusus untuk wajah. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Dalam seminggu, InsyaAllah wajah menjadi putih, bersih, kencang dan berseri. Untuk hasil lebih cepat, ambil Paramaria Plus, pagi 2 kapsul malam 2 kapsul.

HARGA PENGGUNA:
Semenanjung : RM10
Sabah/Sarawak: RM12

11
Feb
09

KISMIS MINDA

Kismis adalah anggur yang dikeringkan. Boleh dimakan mentah atau diguna dalam masakan dan pembuatan kek. Ia sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi. Gula membentuk kristal di dalam buahnya jika disimpan terlalu lama. Walaupun buah mengecut tetapi ia tidak menjejaskan kegunaannya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, separuh daripadanya adalah fruktosa dan separuh lagi glukosa. Kandungan anti-oksidan kismis sangat tinggi berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga diguna sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai anti-oksidan.

KHASIAT:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan.
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM10
Sabah & Sarawak: RM12

11
Feb
09

MADULIA (ubat batuk)

Tanpa bahan kimia, produk ini adalah campuran madu lebah dengan halia merah, cengkih dan kulit kayu manis, selain ramuan beberapa rempah tertentu.

Campuran madu penting kerana tiada seekor kuman pun boleh hidup dalam madu untuk tempoh 24 jam. Pada zaman dahulu, madu amat terkenal sebagai ubat batuk yang mujarab.

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM10
Sabah & Sarawak: RM12