Archive for the 'Produk Kegunaan Harian' Category

30
Jan
09

BEDAK TALKUM

3-bedaktalkum
BEDAK BAYI

Bebas dari sebarang penggunan bahan kimia. Menggunakan delima biji yang diperbuat daripada bedak sejuk dan kulit delima untuk kesihatan bayi. Ia sangat baik bagi mendapatkan yis untuk kesihatan anak.

Tanpa sedar, tindakan kebanyakan para ibu meletakkan bedak pada bahagian sulit anak tidak wajar dilakukan kerana kandungan kimia pada bedak boleh menjejaskan kesihatan anak, sekali gus menjadikan produk ini sebagai alternatif terbaik demi kesihatan anak.

Ada dua jenis bedak bayi iaitu pewangi bayi perempuan (pink) dan bayi lelaki (biru)

HARGA PENGGUNA:
Semenanjung : RM6.50
Sabah/Sarawak : RM8

BEDAK TALKUM WANITA

Bedak ini diadun dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus bagi menimbulkan keceriaan dan keselesaan supaya berasa segar, nyaman dan harum.

Kandungan: 80 g

HARGA PENGGUNA :
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8

BEDAK TALKUM LELAKI

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8

30
Jan
09

SYAMPU

SYAMPU AROMATERAPI

aroma-s Kombinasi antara Aloe Vera dan Peppermint yang mengimbangi kelembapan, menyegarkan dan menstimulasi kulit kepala membuat rambut bersih, sihat dan bersinar.

Cara Pengguaan: Gosokkan dengan lembut pada rambut. Untuk menyejukkan kepala, biarkan selama 2-3 minit. Bilas, diikuti dengan perapi rambut Aromaterapi.

Kandungan: 250 ml

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

SYAMPU PEGAGA

syampupegaga-sDirumus khas dengan pegaga untuk membersih dan memberi kelembapan bagi melembut dan membantu rambut menjadi sihat dan senang diurus. Boleh digunakan setiap hari. Ikuti dengan Perapi Rambut Pegaga.
Untuk pembaikan mendalam gunakan Masker Rambut Pegaga 1-2 kali seminggu.

Kandungan: 250 ml

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

SYAMPU BETIK

syampu-betik-sSyampu penjagaan kulit yang menjadikan rambut lembut, lebih hitam, bersinar dan mudah diurus.

Dengan pH seimbang, diperkaya dengan ekstrak betik dan protein soya menjadikan rambut lembut dan licin, selain sesuai untuk semua jenis rambut dan mengandungi pelindung UV bagi melindungi kulit kepala dan rambut dari kerosakan akibat pancaran matahari.

Protein soya membekalkan nutrien yang diperlukan rambut untuk menguatkan akar rambut, sekali gus mengurangkan rambut gugur. Ekstrak betik pula mengandungi enzim yang merawat tekstur kulit kepala dan mengurangkan kelumumur.

Cara Penggunaan: Tekan sedikit pada telapak tangan dan oleskan pada rambut, biarkan sehingga lima minit, kemudian dibilas.

Kandungan: 210 ml

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

30
Jan
09

SABUN TANAH LIAT & HERBA

SABUN CLAY

clay-s Mengandungi tiga hingga sepuluh peratus tanah liat putih sebagai bahan campuran. Ia mampu menjadi ubat yang baik dan memberi kesan cepat terhadap penyakit kulit seperti eksema, gatal-gatal dan lain-lain.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi boleh diubati melalui amalan penggunaan sabun ini. Ia juga mengandungi pewangi yang menyegarkan pengguna.

HPA juga bercadang mengeluarkan produk tanah liat putih dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi bagi memberikan pembersihan sebenar dengan mengambil kaedah fikh menyamak dengan satu bahagian air tanah.

HARGA PENGUNA
Semenanjung: RM 10.00
Sabah & Sarawak:

SABUN ASIATICA XT

Ia adalah sabun ekstrak Pegaga (Centella asiatica), Tea Tree Oil dan haruman Serai Wangi. Sabun ini dapat melindungi kesihatan kulit dengan mengekalkan kelembapan dan memelihara kulit secara semula jadi serta melapisi kulit dari sinaran matahari (UV), sekali gus menjadikan kulit segar dan selesa.

HARGA PENGGUNA :
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak : RM7

SABUN CASSIA

cassia-sIa dihasilkan dari khasiat Gelenggang, Tea Tree Oil dan haruman Serai Wangi. Ia mampu mencegah punca kegatalan kulit dan berkesan sejak turun-temurun dalam menyingkirkan ekzema, fungus, gatal-gatal, panau dan kurap. Ia juga sesuai untuk masalah kulit kanak-kanak dan orang dewasa.
Bagaimanapun, ia kurang sesuai untuk perawatan muka.

HARGA PENGGUNA :
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak : RM7

SABUN SUSU KAMBING

Ia mengandungi bahan pemutih dan pencerah semula jadi. Ia amat sesuai untuk kulit sensitif pada bahang matahari dan perubahan cuaca. Mengandungi pelembap dan pemutih serta melindungi kulit, selain mencegah kulit menjadi kering dan kasar.

HARGA PENGGUNA :
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak : RM7

SABUN SAFFRON

safron-s
Menghaluskan kulit dengan wangian semula jadi. . Ia juga menyegarkan kulit anda selepas mandian. Diperbuat dari ekstrak bunga-bunga terpilih, haruman serai wangi dan Tea Tree Oil, ia sesuai untuk mandian pengantin bersama sintok limau bagi membangkitkan aura haruman semula jadi.

HARGA PENGGUNA :
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak : RM7

SABUN KACIP FATIMAH

Sabun ini dapat menjaga bahagian keintiman wanita di samping memelihara keremajaan kulit dan berkhasiat secara tradisional sebagai serapat dan berkesan untuk kesembuhan selepas bersalin.

Dirumus dari sumber alam semula jadi , kacip fatimah, manjakani, pueraria, kunyit, sireh serta gliserin daripada minyak kelapa sawit, ia membantu menghilangkan bau tidak enak, antifunggal, menguatkan otot dan merawat jangkitan yis.

Menjadi sinergi herba yang dikenali sejak turun-temurun, ia dianggap sabun pembersih wanita yang turut mencegah kanser serviks dan bersifat antibakteria, antiviral serta antiseptik.

HARGA PENGGUNA
Semenanjung: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

SABUN PEGAGA

Ia diperbuat minyak kelapa sawit murni dengan gabungan herba pegaga dan bahan semula jadi, tidak mengandungi Sodium Laureth Sulfate – sejenis bahan kimia yang merangsang pembentukan buih. Mewujudkan sensasi dalam mandian dan sesuai untuk lulur muka dan badan, selain kurang berasid atau beralkali sekali gus menjanjikan kelembutan maksimum.

Pegaga (Centella Asiatica) ada bahan aktif yang dibuktikan secara saintifik memberi kesan positif pada kulit, selain mengandungi vitamin A, B, D dan K. Pegaga juga meransang pembentukan lipid dan protein yang baik untuk kulit dan mampu mengikat struktur kolagen dan membantu sintesis pemulihan tisu kulit.

HARGA PENGGUNA:
Semenanjung: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

SABUN BAYI

sabun-bayi-sTiada pewarna dan pewangi serta sodium laureth sulfate (SLS), sejenis bahan kimia yang merangsang pembentukan buih. Kombinasi bahan semula jadi dalam sabun ini menjadikan kulit bersih, lembut dan segar, selain bersifat lembut dan melegakan.

Diperbuat dari sumber alami dan semula jadi, menjadikan sabun ini sesuai untuk mengatasi kegatalan kulit dan kulit sensitif. Gliserin yang diambil dari minyak kelapa sawit dan beberapa bahan lain dari tumbuhan, menjadikan ia bersifat hipoalergenik (tiada kerengsaan kulit).

HARGA PENGGUNA:
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10

30
Jan
09

UBAT GIGI & BERUS GIGI


UBAT GIGI HERBA

ubat-gigi-s
Ubat ini tidak mengandungi tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate) dan tidak mengandungi florida yang berbahaya kepada usus, sebaliknya mengunakan sumber semula jadi daun Mambu dan bunga Cengkih yang berkhasiat.

Daun Mambu berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai anti-septik atau anti-bakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang manakala bunga Cengkih pula berfungsi untuk menguatkan gigi, seterusnya mencegah kerosakan gigi dan menyegar serta mengharumkan nafas.

Ubar gigi ini mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi serta menjadikan nafas lebih segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut data dibasmi dengan mengamalkan ubat gigi ini, selain menjadikan gigi kuat dan bersinar.

Komposisi ubat gigi ini adalah 200 gram setiap tiub dan urut mengandungi herba Azadirachta indica dan Eugenia caryphyllata.

HARGA PENGGUNA:
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak : RM7


UBAT GIGI AMAL
(Untuk Kanak-Kanak)

amal-sIa mengandungi kalsium karbonat,sorbitol,water glycerine,sodium lairyl sulfat, silica sodium carboxymethly celluose, sodium chloride, strawberry extract, sodium sacharin, benzalkorium chloride, sodium, benzoate, salvadora persica meswak extract, potassium nitrate & menthol.

Diperbuat 100 peratus daripada tumbuh-tumbuhan, ia pasti dapat membantu menguatkan gusi, merawat nafas berbau, meningkatkan kekuatan gigi dan gusi.

Dengan perisa strawberi yang terkandung di dalamnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak untuk mengosok gigi. Kanak-kanak pasti menyukainya.

BERUS GIGI KASTURI

ubatgigi-sDiperbuat daripada nylon, berus gigi didatangkan dengan tiga jenis iaitu soft, medium dan hard

HARGA PENGGUNA:
Semenanjung: RM 3.50
Sabah & Sarawak: