06
Feb
09

SET BERSALIN (8 dalam 1)

setbersalinjpg-1-sRamuan lengkap, khusus untuk ibu yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:

1. Mengelak kebas kaki dan tangan disebabkan pendarahan.
2. Mempercepat kesembuhan, merawat luka dan pendarahan.
3. Mengembali kekuatan yang hilang akibat pendarahan.
4. Mengecut rahim dan mengembalikan menjadi normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

KANDUNGAN SET

Minyak Barut
(dua): Untuk mengelak kemasukan angin. Sapu pada seluruh tubuh terutama perut dan sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (dua): Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, menangis waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (satu): Minuman berherba sebagai penyembuh luka dalaman dan mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari): Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api perlahan hingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A: Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A setiap
Kapsul Wanita B: Amalkan satu kapsul B diambil bersama kapsul A setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar): Rebus ubat dengan air melebihi sukatan herba sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama seminggu selepas hari ke-40 bersalin.
Spirulina: Untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Bertindak sebagai pencuci kolon, sekali gus mengeluarkan keracunan dalam badan dan memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

TAMBAHAN INFO:

Ubat Periuk (4 bunjut): Campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas. Peringatan: 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke–15. Minum 3 kali sehari sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

Kapsul Sihat Wanita A dan B
: Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

Spirulina
: Satu kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

Minyak Barut: Untuk mencegah kemasukan angin. Sapu pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Sesuai digunakan sebagai minyak urut.

Minyak Bayi: Gunakannya untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

Teh Herba: Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk mempercepat penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke segelas air suam dan tutup gelas itu dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelak sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

Ubat Basuh: Digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

*** Para ibu digalak menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Ramai para ibu telah mengamalkan set bersalin ini dan kadar pengulangannya amat tinggi – membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

HAGA PENGGUNA
Semenanjung: RM85
Sabah/Sarawak : RM95

Advertisements

0 Responses to “SET BERSALIN (8 dalam 1)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: